Khamis, Mac 26, 2009

Abu dan sebijik mesin

By Penglipur Lara.


Alhamdulillah perkongsian sekali lagi dengan sahabat yang best (nama popularnya : penglipur lara). hayati dan fikir-fikirkan jalan ceritanya...

* Abu=bukan nama sebenar tiada kaitan dengan yang hidup atau yang sudah meninggal.

Cerita dimulakan dengan satu watak Abu seorang kaki korporat yang hebat, berjaya, popular, mantap dan segala-galalah tentang dia.

Pada suatu hari, Abu sedang menunggu ”flight” untuk ke Surabaya untuk satu mesyuarat yang melibatkan klien yang sangat penting untuk perniagaannya. Sementara menunggu penerbangan di " airport“ Jakarta untuk ditransitkan ke Surabaya, Abu yang sedikit boring menunggu, bingkas bangun ke arah satu mesin. Mesin ini baginya sangat unik dan tiada pernah dia jumpai di Malaysia.

Keadaan mesin itu yang masih baru berwarna silver, yang seakan-akan telefon awam dan apa yang menarik minat Abu mesin itu boleh berkata-kata.

Tanpa berlengah Abu terus memasukkan duit syiling untuk mengetahui lebih mendalam fungsi mesin itu.

Nama anda ABU BIN ALI....., berat badan anda 53 kilogram..... berkata mesin itu.

Perkara ini sangat menghairankan Abu dan meningkat lagi sifat ingin tahu terhadap mesin itu. Dia bermonolog dalam hatinya

Macamana mesin ni boleh tahu nama dan berat badan aku dengan tepat...aku mesti siasat perkara ini....

Tidak lama kemudian, Abu bergegas ke ” shopping compleks” berdekatan.

Dia menukar pakaian yang sebentar tadi dengan pakaian yang lain, dengan harapan mesin tadi tidak lagi mengecam dia.

Abu kembali tiba di mesin itu, dan sekali lagi memasukkan duit syiling secukupnya.

Nama anda ABU BIN ALI....., berat badan anda 53 kilogram..... berkata mesin itu.

Sekali lagi, dia terpegun dan hairan dengan mesin itu.

Namun, Abu tetap yakin bahawa mesin tersebut sebenarnya hanyalah sebuah mesin, mana mungkin ia mampu mengenali orang.
Dia , sekali lagi berjalan ke arah sebuah kedai gunting berdekatan dengan ” airport”. Tanpa berfikir panjang rambutnya diminta untuk di pendekkan dan segala misai dan jambangnya dicukur licin. Permintaannya ini telah mengubah penampilan Abu seratus peratus, berkemungkinan ada yang tidak dapat mengenali Abu jika bertembung di mana-mana tempat.

Abu kembali bertentangan dengan mesin ”ajaib itu”.Beberapa keping duit dimasukkan ke mulut mesin itu..

Mesin tersebut berkata lagi

Nama anda ABU BIN ALI....., berat badan anda 53 kilogram.....anda telah ketinggalan flight penerbangan ke SURABAYA....


Tammat...

MORAL OF THE STORY...
Makhluk yang bernama manusia senantiasa mudah dan cepat terlalai akan sesuatu pekerjaan. Penumpuan terhadap pekerjaan yang melalaikan itu sebenarnya hanyalah mendatangkan KERUGIAN kepada mereka…


“Wahai orang2 yang beriman! Janganlah kamu di lalaikan oleh (urusan) harta benda kamu dan anak pinak kamu daripada mengingati ALLAH (Dengan menjalankan perintahNYA), dan (ingatlah ), sesiapa yang demikian, maka mereka lah orang-orang yang rugi”

(Surah al-Munafiqun:9)

Berbalik kepada kita sebagai pelajar, anak dan apa-apa sahaja title kita. Kita sebenarnya hamba yang sangat lemah dan mudah tegoda dengan lalainya fatarmogana dunia.

Dunia oh dunia..

Dengan penuh harapan, kita semua berharap apa sahaja urusan dunia sekarang (preparation for PRO- as example) SEBENARNYA x melalaikan urusan kita dengan ALLAH.(Solat as example).

Urusan kita yang semata-mata untuk dunia, sememangnya bukan bekalan untuk perjalanan akhirat.

Jadi, sama-sama ingatkan diri dan sesiapa sahaja, bahawa kelalaian dengan urusan dunia padahnya kita akan terima di perkampungan kekal akhirat. Nauzubillah..

Ya ALLAH tiada yang mudah melainkan Engkau jadikan ia mudah.
Permudahkanlah urusan kami di dunia dan akhirat.. ameen.

(LALAI-itu-RUGI).

Selasa, Mac 24, 2009

TENTATIF YANG MENGGERUNKAN





(Ingatlah) masa hari bumi ini diganti dengan yang lain, demikian juga langit dan manusia semuanya keluar (yakni keluar dari kubur masing-masing) berhimpun menghadap Allah,Yang Maha Esa, lagi Maha Kuasa. (Ibrahim:48)


TAJUK PROGRAM
(menerangkan keadaan/suasana/gambaran semasa berlangsungnya program)

Yaumul Jam’ei’(hari perhimpunan) –at-Taqhabun:9
Yaumus Shad’ei (hari berpecah belah) –al-Zalzalah:6
Yaumul Fitnah (hari azab) -az-Zariyat:13-14
Yaumul Ghasyiah (hari tertutup) – al-Ghasyiah:1-6
Yaumul la Bai’un fihi wala Khilal
(Hari tidak ada jual beli dan tidak ada sahabat-Handai)

-Ibrahim:31
Yaumul Firar (hari lari)- ‘Abasa 80: 34-36
Yaumul syafa’ah ( hari syafaat) -al-Baqarah:48

TEMPOH BERLANGSUNGNYA PROGRAM
1 hari didunia bersamaan 50 ribu tahun dimashyar.

TEMPAT

padang mashyar
“ kemudian (ketahuilah bahawa)apabila ditiup Sangkakala dengan sekali tiup, Dan bumi serta gunung-gunung diangkat (dari tempat nya) lalu dihancurkan keduanya dengan sekali hancur, Maka pada saat itu berlakulah hari kiamat,”
(al-Haaqqah:13-15)

TARIKH JANGKAAN

“Pada Jumaat juga kiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.”
( Hadis riwayat Muslim).


PARA JEMPUTAN:

”Tiupan yang pertama itu di ikuti oleh tiupan yang kedua, (yang menyebabkan orang-orang yang mati semuanya hidup semula serta keluar dari kubur masing-masing); Hati(manusia) pada hari itu berdebar-debar takut, Pemandangannya tunduk gerun.”
(an-Naazi’aat: 7-9)

(Keluarlah manusia dari kubur masing-masing itu ialah) kerana Allah akan membalas tiap-tiap seorang apa yang ia telah usahakan: sesungguhnya Allah amat cepat hitungan hisabNya.
(Ibrahim: 51)

Ahad, Mac 15, 2009

MATI ITU PERLU UNTUK HIDUP



mati itu perlu untuk hidup.
Jajarkan ke Tengah



By Muslimat

“ sama ada kita setuju atau tidak, kita mesti mati.Ambo tidak takut sangat hok mati tu, tapi apa yang ambo takut sangat ialah apa yang akan berlaku sesudah mati. Ia berkait rapat dengan bekalan yang di bawa semasa hidup sebelum mati”

Menteri Besar Kelantan

(rujukan: telaga biru-anbakri)


Apa yang berlaku setelah kita memejam mata, saya rasa semua orang sudah sedia maklum. Perkara yang bakal kita tempuhi selepas kita tinggalkan dunia ini, bukan lagi menjadi ”rahsia”. Gambaran berkenaan nya sudah kita sedia maklum.


Justeru itu kalau kita rujuk ayat di bawah :

Allah SWT berfirman :

” kemudian sesiapa yang menerima surat amalnya dengan tangan kanan,- Maka ia akan dihisab dengan mudah dan ringan, Dan ia akan pergi kepada keluarganya (yang beriman) dengan sukacita. Dan sesiapa yang diberi menerima surat amalnya(dengan tangan kiri), dari sebelah belakangnya, Maka ia akan meraung- menyebut kebinasaannya, Dan ia akan meraung menyebut-nyebut kebinasaannya, Dan ia akan menderita bakaran neraka yang marak menjulang”

Surah al-Insyiqaaq :8-12

Lagi firman Allah SWT dalam surah az Zalzalah (1-6)



Apabila bumi di gegarkan dengan gegaran yang sedahsyat-dashyatnya, serta bumi itu mengeluarkan segala isi hatinya, Dan berkatalah manusia (dengan perasaan gerun); ” apa yang sudah terjadi kepada bumi ?”

Pada hari itu bumipun menceritakan khabar beritanya: Bahawa Tuhanmu telah memerintahkannya (berlaku demikian).

Pada hari itu manusia akan keluar berselerak ( dari kubur masing-masing)-untuk diperlihatkan kepada mereka (balasan)amal-amal mereka (balasan) amal-amal mereka.

Begitulah gambaran yang di nyatakan di dalam kalam ALLAH, yakni AL-FURQAN.

Berbalik balik kata-kata yang diucapkan oleh tok guru di atas, berkenaan dengan bekalan.


Apa bekalan yang kita mahukan untuk perjalanan sesudah meninggalkan dunia.


Fikir-fikir2kan.

Kalau hanya mahu bekalan itu dipenuhi dengan fartamogana dunia. Carilah dunia tanpa memikirkan akhirat, tanpa memikirkan yang kita ini akan ada ” ending” nya.


Ingat! Setiap perbuatan kita lakukan walau sebesar zarrah sekalipun ALLAH SWT akan menghitungnya.


Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarrah , nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya) Dan sesiapa

berbuat kejahatan seberat zarrah, nescaya akan dilihatnya (dalam surah amalnya) az- Zalzalah: 7-8


Ingat! Tiada siapa yang boleh terlepas. Jika di dunia kita mampu mengelak daripada di saman oleh pihak polis dengan berbagai-bagai helah. Mampu mengelak daripada di marahi oleh doctor dengan pelbagai alasan,..


Untuk kali ini, no reason at all for us to escape!..


Wallahualam

Sama-sama kita renungkan,


p/s : (>.<)


jadikan al Quran teman di hati

rujukan utama sepanjang masa...

tidak kira bila gembira,

bila sedih,

bila keseorangan,

bila dilanda kesusahan.

Al-Quran the nearest best friend.

Khamis, Mac 12, 2009

PERCAYA DAN MEMPERCAYAI





PERCAYA DAN MEMPERCAYAI..

By PENGLIPUR LARA

Satu pertandingan merentasi sebuah air terjun yang sangat ganas dan bahaya telah diadakan. Pertandingan ini melibatkan ramai peserta-peserta yang hebat dari setiap pelusuk dunia Malaysia, afrika, Thailand, china, Bulgaria, timor-timor leste dan banyak lagi.

Hadiah yang lumayan disediakan bagi seorang peserta yang Berjaya merentasinya dengan selamat.

Namun setelah hampir kesemua peserta membuat percubaan tiada lagi yang dapat merentasinya malahan ada antara nya yang awal-awal lagi telah menarik diri dek kerana melihat ganas nya air terjun itu menerkam mangsanya.

Setelah beberapa lama, kemudian, muncul seorang lelaki yang bertubuh agak sasa. Bergerak ke hadapan menawarkan dirinya sebagai peserta.

Lelaki itu memulakan, langkahnya menongkah arus yang deras dan sampai sesuatu ketika kelihatan kelibat lelaki tadi sudah Berjaya menjejaki dirinya ke seberang sana..

Semua yang hadir megerumuni lelaki itu, dengan harapan dapat mengorek rahsia kejayaannya.

“wah! encik sangat hebat dan sungguh hebat, tahniah diucapkan!. Boleh encik kongsikan apa rahsia kejayaannya” , tanya salah seorang wartawan di situ.

Lelaki itu tunduk berdiam diri. Tidak lama kemudian dia menyatakan hasratnya untuk sekali lagi merentas air terjun tersebut dan memperlawa sesiapa untuk turut serta dalam ekspedisi yang merbahaya ini. Kali ini lelaki itu, berjanji akan berkongsi rahsia kejayaannya kepada sesiapa yang sanggup menyertainya .

Namun, untuk seketika suasana yang bising tadi dek omongan orang-orang di situ, menjadi sepi Cuma tinggal deruan air terjun yang ganas itu.

Tiada seorang pun, yang berani tampil ke depan.

Kemudian,muncul satu sosok tubuh yang kecil yang keluar daripada himpitan para penonton yang hadir.

Sosok tubuh yang kecil ini mezahirkan dia seorang budak perempuan kecil yang berumur dalam lingkungan 5 tahun.

” saya ingin turut serta bersama pak cik!”, sahutnya sambil tersenyum memandang lelaki tersebut.
Semua hadirin tergamam dengan peristiwa ini, mereka hanya mampu memerhati kelibat dua insan ini memulakan perjalanan mereka.

Kelihatan gadis kecil itu, dengan penuh erat memeluk belakang tubuh lelaki yang sasa itu dan kemudian, mereka melangkah ke depan menongkah arus yang sememang bersedia menerkam masa.

Tidak lama kemudian, tepukan gemuruh memecahkan suasana kerana sekali lagi, lelaki tersebut berjaya sampai ke seberang air terjun.

Kali ini, gadis kecil menjadi tumpuan.

“ wah! Adik sangat hebat dan berani. boleh ceritakan kenapa adik sanggup merentasi air terjun bersama Pak cik ini?”. tanya seorang salah seorang wartawan yang hadir,

” pakcik ini, ayah saya. Saya percaya dia boleh melakukannya dan saya percaya juga dia mampu melakukankannya untuk kali kedua malahan untuk kali ketiga sekalipun dan seterusnya” jawab gadis ini dengan nada yang bangga dan gembira.

Mutiara di sebalik cerita:

Konsep percaya dan mempercayai yang terdapat pada dua insan yang berbeza.
Percaya akan kehebatan lelaki itu tadi mengambarkan sikap para penonton yang hadir. Mereka percaya akan kebolehan dan kehebatan lelaki itu, tetapi antara mereka tiada siapa berani untuk bersama-sama lelaki itu merentasi air terjun kecuali gadis kecil itu dek kerana bimbang akan keselamatan mereka dan mereka masih meragui akan jaminan keselamatan nanti ketika melintas air terjun tersebut.

Gadis kecil itu simbolik kepada konsep mempercayai. Mempercayai di sini mengambarkan kesediaan gadis ini untuk bersama-sama merentasi air terjun tanpa rasa ragu-ragu akan keselamatan nya...

Kerana apa??

Kerana gadis ini kenal siapa lelaki ini..sudah tentu dia berani!

Berbalik soal kita dengan pencipta kita, ramai percaya pencipta kitalah mentakdirkan sesuatu perkara,dan apa yang berlaku dekat alam ini sememangnya di bawah jagaan NYA.

Namun, ada antara kita hanya percaya tetapi tidak meletakkan sepenuh kepercayaan kepada NYA..

Kenapa begitu?

Sebabnya kita ini x rapat padaNYA..mana mungkin mampu berserah dan bertawakal padaNYA jika diri kita tidak begitu kenal dengan NYA..


penyerahan sepenuhnya hanya padaMU..



Wallahualam..

p/s: (>.<)



kemanisan merindui MU ,
Sehingga bergetar hatiku,
setiap kali sahutan azan memanggilku
sujud ku hanya untuk MU,
Tuhan Yang Esa,
Ampunkan dosa-dosa ku..




.

Sabtu, Mac 07, 2009

DUNIA



Wahai diri,
Dunia ini Sangat hina disisi ALLAH (Apabila kita menjadi hamba dunia) dan sesungguhnya akhiratlah yang paling mulia disisi ALLAH.

Keringnya air mata,
Disebabkan kerasnya hati,

Hati yang keras,
Kerana dosa yang banyak,

Banyaknya dosa,
Kerna lupakan mati,

Lupakan mati,
Kerana panjangnya angan-angan,

Panjangnya angan-angan,
Kerna
CINTAKAN DUNIA.


Imam at tarmizi meriwayatkan Nabi Muhammad SAW bersabda:

“ jikalau adalah dunia menyamai kemuliannya dan kebaikan disisi ALLAH akan satu sayap nyamuk, nescaya tidak di beri Tuhan akan orang kafir minum seteguk air darinya.”

Wahai diri,
Maknanya berdasarkan hadis kat atas dunia memang tiada nilai disisi ALLAH.
ALLAH tak pandang dunia.
Oleh itu, jika dibandingkan dengan orang kafir ALLAH bagi pelbagai nikmat kekayaan kat dunia ni dek kerana hinanya dunia ini...

Namun, Apabila berpindah ke perkampungan akhirat, orang kafir tidak akan dapat merasai apa-apa nikmat di akhirat kelak melainkan azab ALLAH SWT


Wahai diri,
Tidak lah engkau menidakkan segala tanggungjawab engkau didunia.
Kerana tanggungjawabmu bakal di tanya oleh ALLAH kelak,
Tanggungjawab mu sebagai hamba ALLAH,
Tanggungjawab mu sebagai umat MUHAMMAD,
Tanggungjawab mu sebagai pendokong agama ALLAH,
Tanggungjwab mu sebgai anak kepada ibu bapamu,
Malahan tanggungjwab sebagai pelajar,

Jangan sekali diri mu, abaikan di atas,
Sesungguhnya pikirkan tanggungjawab mu ini,
Sebagai bekalan untuk kesana kelak......


Wahai diri,
Tabahlah dan bersungguh-sungguhlah kamu sama ada menghindari apa yang sahaja kelalaian dunia.
Bersungguh-sungguh lah juga untuk kamu bercucuk tanam untuk perkampungan akhirat.
Dunia untuk manusia ALLAH jadikan sebagai dugaan dan cabaran untuk kalangan manusia.

surah almulk:2

Dialah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu)- untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya: dan ia Maha Kuasa (membalas amalmu), lagi maha Pengampun,(bagi orang-orang yang bertaubat)

Wahai diri,

Nabi Muhammad SAW bersabda:
” Ketahuilah sesungguhnya dunia itu dilaknat oleh tuhan, dilaknat apa yang ada di dalam nya, melainkan zikrullah (orang yang ingat ALLAH) dan yang ada kaitan dengan zikrullah. Dan didalam dunia ini yang ALLAH pandang ialah orang yang ada ilmu yang mengajar orang atau ALLAH pandang orang pergi belajar ilmu.”


Oleh itu,
Wahai diri rebutlah yang terbaik,
Sementara nafas mu masih engkau rasai...
Waspadalah dengan DUNIA..

Khamis, Mac 05, 2009

Masa Itu Milik MU

Masa kian berlalu,
ibarat titis-titis air yang jatuh
dari tinggi tempatnya
hingga ketanah kembalinya.

Masa kian berlalu,
tiada noktah untuk berhenti sementara,
tidak dihiraukan dengan seruan,
"please!! mr TIME can u wait for me, please,

Masa kian berlalu,
dengan meningkatnya usia,
bertambah digit-digit umur,
"plus one for 2009, plus one for 2010 and so on,
non stop.

Masa kian berlalu,
masa yang lalu bagai kenangan,
masa yang bakal menjelma bagai angan-angan,
namun,
apa yang pasti,
masa ini,
saat ini,
tika ini,
adalah milik kita,
kerna kita sedang laluinya,
betul kah?

demikian itu,
wahai diri,
gunakanlah waktu sehebat dan sebagus yang mungkin,
untuk bekalan di sana terutamanya,
agar berat neraca amalan kebaikan,
agar diri ini,
mampu menjawab,
soalan pertama ALLAH AZZAWAJALLA,

solat ku bagaimana??..

wallahualam..(T.T)

reaksi SYAITAN di hari yang dijanjikan





Dan berkatalah pula syaitan setelah perkara * itu : ” sesungguhnya Allah telah menjanjikan kamu dengan perkara yang benar* dan aku telah menjanjikan kamu lalu aku mungkiri janjiku kepada kamu, dan tiadalah bagiku sebarang alasan dan kuasa menguasai kamu selain daripada aku telah mengajak kamu lalu kamu terburu-buru menurut ajakan ku itu, maka janganlah kamu salahkan daku tetapi salahkan dirimu sendiri, aku tidak dapat menyelamatkan kamu dan kamu tidak dapat menyelamatkan aku, sesungguhnya dari dahulu lagi aku kufur ingkar (perintah tuhan) yang kamu sekutukan daku dengan NYA, sesungguhnya orang2 yang zalim (meletakkan sesuatu sesuatu bukan pada tempatnya) beroleh azab yang tidak terperi sakitnya.

(Ibrahim:22)

Huraian Ayat
* yakni setelah selesai masing2 dihitung amalnya dan menerima balasan
* yakni Allah berjanji melalui rasul-rasulNYA akan menyelamatkan orang2 yang beriman dan taat.



p/s: pastikan kemahuan kita bukan kemahuan syaitan,,,(>.<)

sob sob, kadang2 tak sedar dalam solat sebenarnya terikut ataupun terpedaya

dengan godaan syaitan, ada je fikiran-fikiran yang tak diundang menjelma..astagfirullah

lalai nya diri ini...(T.T)

Rabu, Mac 04, 2009

hati PEMUSATAN jiwa raga



JagaLAH HATI, jangan kau KOTORI….

Hati itu pemusatan jiwa raga, perbuatan, dan akal fikiran. Ia bagaikan raja yang memerintah dalam badan kita manakala tentera-tenteranya ialah anggota badan kita.

Kalau raja itu raja yang baik, bahagialah tentera-tenteranya kalau raja itu raja yang zalim, habislah tentera-tenteranya entah apa-apa entah perintah yang dititahnya.

” wahai tentera-tentera beta masuklah lombong hari ini,dan diamlah kamu disana...” perintah seorang raja.

titah mu, kujunjung wahai rajakusahut tentera-tentera.

Lalu kesemuanya tentera-tentera itu terjun lombong itu,,(yakni lombong itu kancah kemaksiatan)

Kalau ini lah yang terjadi, alamatnya kita sebenarnya sedang menzalimi diri sendiri..

Allah SWT berfirman:

“ dan (ingatlah), Allah tidak menganiaya mereka, tetapi merekalah yang menganiayai diri mereka sendiri, ( ali-Imran ;117)

Dan firman Allah SWT berfirman lagi :

” dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatn keji, atau menganiayai diri mereka sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah..”

(Ali-Imran : 135)
Sebaik-baik bila teringatnya/berniat hendak melakukan sesuatu yang sia-sia malah mendatangkan dosa, cepat-cepatlah kita beristighfar...dan ucapkan lah Alhamdulillah. Kerana sesungguhnya Allah telah menjaga hati kita dan menghindari kita daripada melakukannya.

”Alhamdulillah”

Salah satu doa yang boleh kita hafal dan amalkan.
Maksudnya:

” ya Tuhan yang membolak balikkan hati ini, tetapkan hati dalam agama MU dan ketaatan terhadapMU..”


(amin yarabbalaalamin..)

p/s: janganlah kita bangga dengan mengatakan kita mampu menjaga hati kita sendiri. Ini beerti kita sudah mengambil jalan yang salah. Kerana diri manusia itu sendiri berada di bawah bayangan takdir ALLAH swt, dimana mereka sebenarnya tidak mempunyai ke upayaan kecuali dengan pertolongan Allah. Maka apa yang mampu kita lakukan ialah hanyalah berikhtiar untuk menjaga penjagaan ALLAH dan selebihnya ALLAH yang menjaganya dan seterusnya memperbaiki keaadaan hidup....wallahualam.
(petikan buku: bertemu janji ALLAH)

Ahad, Mac 01, 2009

Suapan demi suapan…


Teringat masa kecil dulu, kami adik beradik berebut- rebut menanti untuk disuap oleh maa. Maa pulak tak penat melayan karenah kami, ada yang sampai menangis dek kerana kalah dalam perebutan untuk mendapat giliran disuap. Tak lain tak bukan mestilah yang tua membuli yang muda. Hehe…kalau tak dihentikan jadilah pergaduhan yang besar. Niat yang tua, hanyalah nak bergurau dengan adik-adik dengan kata lain nak dengar si adik ni menangis..huhu..kejam betul..

Teringat kisah ini,

ternyata kasih ibu ini memang tak pernah pudar,sampai sekarang apabila diberi kesempatan untuk duduk makan bersama dengan maa pada satu masa, tentulah takkan melepaskan peluang untuk merasa kembali manisnya perasaan di suap oleh maa…sampai timbulnya suara-suara jelous dari belakang..

“huhu kak mah tak malu..dah besor panjang nok suh ma suap lagisahut adikku.

"dengkilah tu, hehe.." jawab ku, sambil senyum tersipu-sipu.

"Tak apalah, dek apa yang penting setiap masa bersama maa, takkan kak mah biarkan ia berlalu begitu sahaja" detik hati ku menyambung kata-kataku.

Having a Maa is the best thing happen in my life…

Apabila bercakap tentang ibu, tak semua insan yang bernama anak kat dunia ini, dilahirkan dapat merasai nikmat kasih sayang dan perhatian

ada antaranya tak sempat menatap wajah ibu, semenjak lahir. ada juga yang sempat sebentar merasa nikmat ini dan ada yang lain masih diberi peluang untuk meraih nikmat kasih sayang ibu hingga kini.(alhamdulillah diri ini masih berpeluang).apa jua keadaan kita, yang terbaik adalah senantiasa mendoakan kesejahteraan ibu tercinta baik didunia mahupun diakhirat.

walau kadang2 timbulnya salah faham antara kita dengan ibu, pandanglah ia dengan hikmah, pandanglah ia dengan kasih sayang..kerana nilaian pengorbanan ibu tak terbayar oleh apa-apapun..

"dan kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun ;( dengan yang demikian) bersyukurlah kepada KU dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada AKU lah jua tempat kembali (untuk menerima balasan)". luqman 31:14


Sebuah puisi untuk diri mu..


Tika larutnya malam,
Diri mu bersengkang mata,
Mendodoikan anak mu dengan nyayian puji-pujian untuk PENCIPTA,

Tika subuh tiba,
Dirimu bersungguh-sungguh mengerakkan kami,
Supaya bingkas bangun,
Untuk sujud pada ILLAHI,

Tika sinaran pagi muncul,
Dirimu membanting tulang,
Mengerahkan tenaga mencari punca rezeki yang halal bagi kami,
Biar penat,
Namun dimukamu jelas terpancar kesyukuranmu terhadap ALLAH Yang Maha Agung.

Tika bersunyi-sunyian,
Yakni,
Tika lenanya kami,
Kau sujud memohon kekuatan,keberkatan dan keampunan pada PENCIPTA.
Sebagai bekalan untuk dirimu,
Agar tetap kuat untuk menghadapi hari-hari yang mendatang.

Sesungguhnya ibu,
Kau sumber inspirasiku,
Mendidik,
Membesar,
Mengajar,
Melarang,
Malahan memukul kami,
Bukan niat dihati,
Tetapi sekadar peringatan,
Agar dewasa kami nanti,
kami hadapinya dengan penuh persediaan,
kerana dunia ini penuh dengan CABARAN dan DUGAAN.

Ku doakan,
Dirimu ibuku,
Senantiasa BAHAGIA DIDUNIA
Malahan BAHAGIA DI AKHIRAT,
Semoga pertalian darah kita ini,
kekal hingga ke perkampungan abadi...
ameen ya Rabbal alamin....

binturohanah (1/03/09)